Thursday, 15 November 2012

TAKDIR ITU MILIK AKU

PERGHHHHHHH !!!!! cam hebat betol entry tu kan..takdir itu milik aku.haha.:) penoh dengan maksud yang mendalam kan.sebenarnya ayat tu tajuk untuk novel. aku saje2 petik jadikkan entry.awesome x??hehe
saje aje mau kasi gempak sket kan..x salah kan sekali sekala. novel takdir itu milik aku alahaiii bapak tebal dan berat. x larat aku nak bawak ke sana dan ke sini. biasanya aku suka baca novel sambil tidur. dek kerana novel nie yang sangat berat aku baca sambil duduk. aku boleh bertahan dalam setengah jam aje baca sambil tidur. tangan aku lenguh nak menampung berat novel nie..huhu

korang kenal x camne rupa, bentuk novel nie..ehh silap lak. sume orang tau kan bentuk cmne mestilah empat segi kan.di bawah nie aku tunjukkan cmne rupa, gerangan novel nie.


aku cukup suka bace karya siti rosmizah. jalan cerita yang hendak disampaikan sangat menarik sekali, penuh dengan tragis. kadang2 tu boleh menitiskan air mata. novel karya siti rosmizah niela yang mampu membuatkan aku menagis bila baca novel nie..kadang2 malu jugak nak bace depan ramai orang. nanti orang pelik lak kan, tetiba aje nangis. aku cukup salute la orang yang buat novel nie..tebal giler kot. kena banyak idea-idea yang bernas nak tulis apa. aku nak buat karangan pun kadang tu x tau nak tulis apa da. no idea. ok la nak chow dulu nie. asalamualaikum..:)

p/s : terimakasihkeranamembaca..peacenowar..:)

Sunday, 21 October 2012

cuti Oh cuti

ASSALAMUALAIKUM U OLLS

18 October 2012 bermula cuti ku yang sangaaaaaat panjang....cuti abis diploma. Hopefully result ok..(doa2kan ea). cuti nie nak buat ape ea..supaya tidak membazir begitu sahaja.. bukan ape kan..rugi la kan kalu tidak memanfaatkan cuti..sebenarnya banyak perancangan ada dalam kepala otak nie tapi tak tahu lah ape yang dirancang itu menjadi ke tidok...ye la kitakan sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah menentukan...:)

nie adalah list aku perancangan nak buat masa cuti nie,

firstly : buat lesen memandu...huhu..tapi takut nak amik sebenarnya..takut la nak bawak kereta

secondly : nak keje..cam malas lak..hehe..tp nak keje lah sbb nak buat tambahan duit mase nak masuk  degree nanti nak beli keperluan tak payah lah nak guna duit mak ayah lagi kan..(belajar berdikari sket)..^_^

thirdly : nak abiskan sume novel yang kakak aku beli sebelum cuti aitu...hoho..antaranya ''suami aku ustaz, takdir itu milik aku...dan lain-lain...

fourtly : habiskan sume citer yang aku telah dengan rakan pembekal citer ''k-pop''..tanyalah tentang ape saje tentang k-pop, sume dia tahu..kalu aku nak dapatkan apa2 info..tanya aja sama dye..tak perlu nak surfing internet lagi daa...senang kan..hehe..:)

nak kenal x ngn kawan aku yang suke k-pop tu???nak tak???


nme dia...nurul anima ghani...yg mane satu antara tiga nie...yg pakai tudung biru tu lah empunya badannya..
gambar nie di ambil kat dalam library...study sket..kih2X

antara sume nie tak tahu la yang mana satu akan menjadi...hopefully apa yang dirancang akan menjadi..hehe

ok la..mak aku da panggil aku da tu..nak suruh tolong memasak....hehe...ok babai...

p/s : terimakasihkeranamembaca..lotsoflove..:)

Friday, 19 October 2012

Holaa.....

hari ini Hari Jumaat...jgn lupe tuk membaca surah al-kahfi yer...
kepada kaum Adam bersiap-siap la anda untuk ke masjid yer..datang awal ke masjid dapat banyak pahala tau...
biasannya hari Jumaat, ak suke tengok rancangan ''Tanyalah Ustazah"'..banyak input yang boleh kita dapat..sambil relax2 tu adelah jugak mende yang boleh kita dapat kan..idok lerrr sia2 sangat kan..






ok lah..dah xdop idea da nak tulis ape nie..hehe..:)


p/s:terimakasihkeranasudibaca...MayAllahalwaysblessu..Amin








Thursday, 18 October 2012

story moly...

Alhamdulilah....bersyukur kehadrat ilahi...

sedar tak sedar da abis da diploma ak selama dua tahun setengah kat UiTM Dungun...Insyaallah...
sekejap bebeno mase nie berlalukan..
sedih......:(
sebab akan meninggalkan rakan-rakan seperjuangan kat UiTM...
selesai aje paper yang terakhir..sume org sedih..ye laa..mane xnye..kan da last boleh jmpe..berbeza giler dengan sem sem y lepas..lau sem yang lepas..abis aje last paper mesti sume bersorak riang..sem nie masing2 mcm xnak abiskan exam..huhu..sedihh wehhh..T_T..
ak nanges jgk la sbb sedih nak tinggalkan roomate ak...""MAZNAH HUSIN'''
kawan tyme kte susah senang..kawan tyme buat assigment..kawan tyme bgurau..kawan tyme tension sbb bnyk test..kawan tyme ponteng kelas...HEHEHE..(sekali sekala buat jahat)..:P
bile la boleh bjumpa lagi ngn diorang nie...ye la sorg kat Kuala lumpur, Kelantan, Perak....mane mau jumpe wehhh...
hope sngat tyme degree nanti boleh gather2 lagi ngan korang...

I'm goona miss u olls....




p/s: terimakasihkeranasudimembaca..loveualll...:)


Sunday, 23 September 2012

; FINAL EXAM dtg lagi..grrrrr~~~

HOLA....:)

bile sebut aje final exam....ketar satu badan..bdebar la wehhh...
mane tidaknya..tinggal beberapa hari lagi nak final...fuhhh...
da la jadual final exam taon nie x berapa nak cun sangat...
(TERIMA ajela aishah oiii tu pun da kira ok)...huhu...

nah tengok nie jadual final exam ak...:)

p/s : hopefully final sem nie aku dapat dean list...tolong doa2kan ea...TQ


terima kerana kerana sudi membaca...PEACE NO WAR.. V(^-^)V

;wink..wink..

haiii and assalamualaikum...


sekarang nie ramai bebeno yang berat badannya naik kan..(CEPAT NGAKU SKRG)..hehe
nak2 plak skrg nie baru lepas bulan syawal..lagila berat tu makim naik..mane tidaknya..rumah terbuka sini, sana, sinun kan..pastu makan plak tak ingat dunia..ISH3...:)

SO, sekarang nie aku terjumpa tips yang mudah bagaimana nak kurus dengan cepat...tak payah makan ubat-ubat nie..nak beli ubat tu bukannya murah mahaiiiiii kot cik kak oiii...nak2 student..memang tak mampulan kan..duit PTPTN tu bukan untuk nak beli ubat kurus ok...hehe..

Nak tau menjadi ke tak, same2 la kita try yer.hehe..:)


10 Tips Mudah Cara Nak Kurus

Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda.
1. Jadikan air masak sebagai minuman utama
Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!
2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari
Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.
3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari
Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari
4. Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda
Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera!
5. Buang pakaian besar andaJika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati (tahniah!), pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang!
6. Gunakan pinggan yang kecil
Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.
7. Makan bijirin untuk sarapan
Bijiran sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.
8. Makan hanya apabila lapar
Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.
9. Makan dengan tenang dan perlahan
Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.
10. Makan buah-buahan
Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.


Saturday, 22 September 2012

arghhh..study week sudah..

haiiii...assalamualaikum...




cepat bebeno yer mase blalu..tup2 da study week..gheeeeeee....
rasenye baru smlm first class ak..
besenye mggu study week nie ramai org y blk umh kan..AKU..of course la...
sebab ape..sbb ak mmg duk kat umah haha... 
tiap2 ari aku balik umah kott..sume fwend ak jeles...da name pon universiti kat umh kan..haha..tp sem nie sedih sikit laa..sbb sem nie ade la final sem aku..sedihnye..!!!!!!

nanti da x dapat bersama2 dngn geng2 kesayangan..hua3x..
mintak2 la degree nanti dpt satu universiti lagi..Insyallallah..Amin
k la..nak chau dlu nie...nak g study sket..hehe..(OK SNGT RAJIN)


nie pic tgh bce buku...(aksyen aje lebih tu)..haha

k la..nak chau dlu nie...nak g study sket..hehe..(TETIBA AJE RAJIN NIE)...HAHA
terimakasih kerana sudi membaca..:)