Wednesday, 29 May 2013

teduhan kasih

holaaaa...


cam gempak tak tajuk entry tu teduhan kasih..haha sebenarnya tahuj dipetik dari citer teduhan kasih yang 
kini disiarkan di tv3 pukul 7 malam pada setiap hari isnin sehingga khamis. citer nie dah menjadi citer feberet
aku dah nie sekarang. citer nie mmg best giler kot, so sesiapa tak tengok tu mmg la rugi ok..hiks3 :P
nak2 ditambah pulak hero citer Adi Putra, bertambah-tambah laaa best citer nie..

sebenarnya citer di diadaptasikan daripada novel karya marissa no wonder la citer nie best kan. aku paling suke tengok citer yang diadaptasikan novel sebab jalan citer dye sangat menarik dan best.




nie aku sediakan sinopsis citer Teduhan Kasih


Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. 

Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa.

Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung.

Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal.


Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.


Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang.




 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan.

Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.


nie hero dan heroinnye..:)
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa.

Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah.

Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju.

Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam.

Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.




selamat menonton yaa!!!




cc:http://merepekgila.blogspot.com/2013/05/sinopsis-teduhan-kasih.html


Wednesday, 8 May 2013

kuruih oh kuruih

kurus ataupun digelar kuruih oleh kawan baikku memang menjadi topik yang hangat apabila bertemunya. masing-masing akan bercerita tentang cara-cara, tips-tips bagaimana nak kurus. bukan sahaja bercakap tentang kuruih semasa bertemu dalam skype twitter and facebook pun topik kuruih memang x lari..haha memang kelakar. al maklumlah sume orang nak kuruih kan. sape lah nak gemukkan. correct me if i am wrong..hehe kadang-kadang aku pun dah fobia dah dengan perkataan gemuk nie, tapi fobia pun makan x ingat dunia jugakkan. tu la masalah aku sekarang nie, macammane lah nak control nafsu makan. cmne lah nak kurus kan kalu lam fikiran nie asyik teringatkan makanan aje, nak2 kalu western food. alamak nie pun dah terbayang2..hehe.

nah amik kau gambar chicken chop besauu gitu..



aku nie x lah dikategorikan sebagai gemuk sangat. tapi al maklumlah orang pompuan kan mesti nak badan cam model-model tu, kuruih gitu dah la tinggi tu alahaii tinggi giloss kot kan. nak cari baju pun senang nanti xade lah dah berkenan pastu xade size plak. situasi begitulah paling aku xsuke skali, frust giloss kot kan. target aku nak kuruih sebelum kawen..haha..calon pun xade lagi dah nak pikir kawen.huhu. tapi mane tahu kan kalu jodoh dah sampaikan sekejap aje.Amin2..doa2 la kan yer.hehe

kalu gemuk time nak amik gambar pun susah kan. kena angel yang betul baru boleh nampak kuruih. kadang-kadang tu aku dan kawan-kawanku yang seangkatan denganku mesti berebut nak duk tepi kalu time nak amik gambar. bukannye ape nanti kalu nmpak gemuk balik umah bukak laptop then crop sket..haha..citer pasal amik gambar nie rindu pulak nak jumpa ngn diorang, bergosip-gosip,tukar-tukar cerita.alahaiiii rindu nye..kalu la mase boleh di putarkan balik kan. lame betol tak bertemu ngn diorang sume. masing-masing dah sibuk dengan hal masing-masing. tapi walupun x bertemu face to face mata ke mata tapi kami tetap berhubung macam biasa. zaman sekarang kan dah canggih right. no need money pon kan. kalu rindu nak tgk muke gune aje lah skype right hehe..

hurmm ok lah, setakat ini sahajalah yang mampu aku coretkan sebab hari pun dah petang. nak bawak keluar anak sedare jalan2 plak..adioosss

sebelum tu nie gambar anak sedare aku yang nak bawak g jalanjalan tu..bye2..:)




Tuesday, 7 May 2013

aurawhite beauty event

baru baru nie aku telah berkesempatan pergi ke sebuah event aurawhite. honestly, this is my first time party. before this aku tak pernah pun pergi mane2 party or event pun kecuali dinner kat universiti.hehe
so, aku terlebih excited la plak kan al maklum la first time la katakan.hehe event nie dibuat di Golden Horse Palace hotel. memang gempak la kan hotel nie punya la besar. hotel ini sangat lah mewah dan mempunyai unik dalam tatarias dan susun aturnya, veryveryvery classss gitu...iloikee :) aku kalu xade event aurawhite nie dalam mimpi aje lah nak masuk dalam hotel nie kan. aku pergi nie pun sebab nak teman kakak ku kerna she is one of the aurawhite agent...

nie merupakan tiket nak masuk ke ballroom, no ticket xboleh masuk..kih3x




event nie di ceriakan lagi dengan pengacara yang cukup lawak iaitu jihan raja lawak. dia memang cukup lawak ok memang x kering gusi dengan lawaknye. aku berpeluang mengambil gambar dengannya. honestly aku cakap dia memang lawa sangat2. lain giler kot muka dia kalu lam tv. nie kalu dia bce apa yang aku tulis nie confirm senyum panjang dia nie kan, hehe





aku pun turut berpeluang bergambar dengan artis-artis yang hadir dalam aurawhite beauty event. diorang sume nye sangat sporting..hehe
apa yang mengejutkan aku awi  rafael tersangat lah hensem, biler ber face to face dengan dia rasa jatuh cintan la plak.haha sampai terbawa-bawa lam mimpi hehe..suare nye sangat la comel..aishh hehe













nie merupakan duta aurawhite hanez suraya dan juga merangkap kekasih hati awi rafael, frust  aku.hoho

banyak kenangan manis yang dapat aku kutip, dapat berjumpa dengan artis-aris feberet dan yang paling penting skali makanan kat sini tersangatlah best mmg heaven la. aku nie plak jenis yang suke makan apa lagi makan lah ajalah. mulut nie asyik duk mengunyah aja makanan menambahkan lemak yang sedia ada.haha

ok la, ini ajalah yang mampu aku coretkan kali ini..adioosss..:)


al-kisah bermula

eiii lame betol rasenye x update blog bz bebeno (tangan kat bahu, mata ke atas) hehe, sebenarnya xade lah bz mne pon. waktu cuti ku yang panjang telah ku manfaatkan dengan belajar memasak. bukan pe nanti senang sket biler dah kawen kan..(ecececeh nmpak x gatal di situ) hehe. rupa2 nye ade bakat jugak lah aku dalam masakkan, dapat komen yang positif daripada keluargaku,Alhamdulilah. kalulah aku masuk MasterChef, agak2 la kan cmnie ea,ntah2 jadik org first kluar (malu den). --"

korang pernah dengar x ayat nie
 nak dpt anak yang baik kite mesti jadik baik dulu kepada kedua ibubapa kita.
 aku pun dah lupa kat mne tbace ayat nie. so kite sebagai anak2 nie wajib membantu kedua ibubapa kita kan. membantu selagi termampu kita buat. tolong masak ke, kemas rumah ke, basuh pinggan ke, ape2 sajelah, kan ringan sket beban ibubapa kita kan. aku pun sebagai anak cuba sedaya upaya membantu meringan kan beban diorang. sme2 la kite renungkan yer..:)

ermm ok la..ini ajelah yang mampu aku coret kan kali ini, agar dapat memberi manfaat untuk sume..Amin:)